Friday, June 25, 2010

Jiwa, Hati, Diri...Di mana kalian semua???

Salam semua untuk pembaca blog ini..masa yg berlalu agak banyak menguji diri dn mangajar erti tabah dlm hidup..bnyk sgt dugaan, ujian, kesulitan yg di alami sejak kebelakangan ni..sekuat mana pun insan itu, pasti dlm hati xada sape pn yg tahu setiap apa yg di rasa dn di alaminya...sungguh hebat dugaan demi dugaan yg dtg tnpa memberi sdikit ruang untuk menghelakan nafas yg makin sesak di dada...memang, hati dan diri ini skrg sgt sabar dgn semua ini, tp smpai bila smua ni akn berakhir....sampai bilaaaaaaaa.......

kekuatan tergambar pd fizikalnya, namun kadang2 diri ini tewas dn jatuh menyembah bumi krn x mampu lgi untuk berdiri menghadapi rintangan...sukarnya hidup bila diri di belenggu masalah, sukarnya hati mencari jalan yg hakiki, sukarnya naluri memngejar kebenaran di sebalik apa yg terjadi....

hye guys...kata2 di atas tu tulus dri waheeda untuk expresikan keadaan diri ini yg sgt2 bnyk berdepan dgn msalah skrg..oleh sbb itu smua, blog ni pn dh lama di biarkan tnpa sebarang celoteh, cerita, kisah2 menarik, n etc...sampai setakat ni, waheeda cuba menelan smua dugaan yg dtg walau pahit mcmnapun...airmata x kan pernah kering untuk menggambarkan betapa peritnya smua ni...hanya Allah yg tahu dn hnya Dia juga yg dpt rasakan semua ni skrg...hidup skrg dh jdi mcm x menentu..stress, tekanan, depres, tak happy, nangis, sakit, suram, masam, smua dh sebati dlm diri ni...

yg waheeda nak skrg smua ni cpt2 berakhir dn kmbali mcm normal...persoalannya,
BILAKAH SEMUA INI AKAN BERAKHIR???

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya. (Cuba hayati semua yg ada di bawah ini) 

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Semuanya sudah di jawab, dan masa sahaja yg akan menentukan kesemua yg di atas. Doakan semoga semua nanti akan kembali seperti biasa dan boleh lagi kita senyum dgn penuh semangat sbg makanan jiwa meneruskan kehidupan..amin..KUATKANLAH HATI KU INI YA ALLAH......






(moga senyuman ini mampu lgi terukir)

2 comments:

Anonymous said...

Kak Wanie : salam wa..harap sume ok di sana..la tahzan, innaAllaha maanaa..(sesungguhnya Allah bersama kita)..sabar dan doa byk2 ya kalau berdepan dgn kesusahan mahupun dugaan..Allah bg cabaran sb hambanya mampu mengatasinya, insyaAllah..:)

norwahidah athiyyah said...

trima ksih kak wanie...wa ingt pesan kak wanie ni...sgt2 sabar skrg ni dgn ap yg jadi..moga smuanya dpt pulih mcm dulu2 lagi...doakan wa kak wanie utk kuat, tabah, dn punyai hati yg redha...;(